Thursday 9 October 2014

Sejarah Kuih Seri Muka Sukatan Cawan

 Sejarah Kuih Seri Muka Sukatan Cawan


Pengenalan

Kuih Seri Muka Sukatan Cawan ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada jus pandan dan pulut. Makanan istimewa Malaysia ini adalah hidangan manis yang unik dengan tekstur berkrim yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dalam artikel ini, kita akan meneroka sejarah Kuih Seri Muka Sukatan Cawan, termasuk asal usul dan evolusinya, serta populariti globalnya.


Asal Usul

Kuih Seri Muka asalnya berasal dari wilayah selatan Malaysia. Ia dikatakan telah dicipta oleh seorang lelaki bernama Awang Jahari pada tahun 1848. Beliau adalah seorang pakar membuat roti dan mencipta hidangan ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarganya. Resipi itu menjadi sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan tidak lama kemudian merebak ke seluruh negara.


Bahan-bahan

Bahan utama yang digunakan untuk membuat Kuih Seri Muka ialah daun pandan, pulut, santan dan gula. Daun pandan memberikan aroma dan warna hijau yang tersendiri, manakala pulut memberikannya tekstur yang kenyal. Santan digunakan untuk mengikat bahan bersama manakala gula memberikan rasa manisnya. Resipi moden selalunya menggabungkan bahan-bahan lain seperti serbuk penaik, telur dan mentega untuk menambah rasa dan tekstur.


Kaedah Penyediaan

Teknik penyediaan tradisional melibatkan merendam pulut semalaman sebelum dikisar menjadi konsisten seperti pes menggunakan sama ada mortar atau pengisar. Santan ditambah untuk mencantumkan semua bahan sebelum dituangkan ke dalam loyang yang dialas kertas minyak atau daun pisang. Adunan kemudiannya dikukus sehingga masak sepenuhnya sebelum ditambah dengan serpihan kelapa parut dan disiram dengan santan tambahan.


Variasi dan Pengubahsuaian

Lama kelamaan, orang ramai telah bereksperimen dengan variasi berbeza pada resipi tradisional ini untuk meningkatkan rasa atau tujuan kemudahan. Sebagai contoh, sesetengah resipi kini memerlukan kelapa parut yang baru dan bukannya serpihan kelapa yang menambah perisa tambahan pada setiap gigitan! Selain itu, kaedah yang lebih moden mungkin menggunakan pemproses makanan atau pengisar untuk memecahkan butiran pulut lebih cepat daripada biasa - sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa! Selain itu, ramai tukang masak turut menambah bahan tambahan seperti pati pandan atau bawang merah goreng untuk menambah tekstur rangup yang menjadikan hidangan ini lebih lazat!


Populariti Global

Dengan profil rasa yang unik dan tekstur berkrim digabungkan dengan kemudahan penyediaan (terutamanya sebaik sahaja pemproses makanan diperkenalkan!), Kuih Seri Muka Sukatan Cawan dengan cepat mendapat pengiktirafan di seluruh dunia selama bertahun-tahun melalui mulut ke mulut sahaja! Hari ini anda boleh menemui pencuci mulut ini di mana-mana sahaja daripada pasar jalanan di Asia Tenggara ke rumah di Amerika Utara - menjadikannya boleh diakses secara meluas tanpa mengira lokasi atau pilihan palet!


Kesimpulan

Kuih seri muka sukatan cawan telah berkembang jauh sejak permulaannya yang sederhana hanya lebih dua abad yang lalu! Dengan profil rasa yang unik digabungkan dengan kemudahan penyediaan; Kuih Seri Muka telah menjadi salah satu pencuci mulut yang paling popular di Malaysia yang dinikmati di dalam dan di seluruh dunia hari ini!





Monday 6 May 2013

Resepi Seri Muka Sukatan Cawan

RESEPI SERI MUKA SUKATAN CAWAN



Pengenalan


Resepi Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia dan biasanya dibuat di dalam talam yang besar, iaitu berbentuk bulat, segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, ia akan di potong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki. Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini adalah kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati.

Pada masa terkini, Resepi Seri Muka akan dihidangkan dengan beberapa warna makanan yang berselang-seli untuk menarik minat pembeli. Lapisan bawah kuih Seri Muka diperbuat dari beras pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan. Seri Muka sangat sedap dimakan atau dinikmati kerana mempunyai dua rasa yang berbeza dan pulutnya pun sangat lembut. Seri Muka sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sarapan pagi dan minum petang di samping untuk majlis yang mustahak.

Di samping itu, Seri Muka merupakan sejenis kuih yang khusus dan biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Untuk lapisan atas kuih seri muka, air kisaran daun pandan digunakan untuk mendapat bau yang harum serta rasa yang lebih enak. Bagaimanapun juga perlu menambah sedikit warna hijau agar warnanya lebih berseri.. Pewarna hijau untuk lapisan atas bagi Seri Muka boleh digantikan dengan gula merah yang dapat memberikan perasaan kemanisan yang lebih istimewa.


Resepi Seri Muka
Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak



Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.



Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas

2 cawan santan pekat
150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau



Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

 1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.
Tips: Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Buangkan pulut tersebut sekiranya ada pulut yang melekat di
pisau. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.




Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka Gula Merah
200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam



Cara-Cara Membuat Lapisan Atas untuk Seri Muka Gula Merah

1) Masakkan gula Melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut.
2) Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapiskan larutan gula Melaka yang dimasukkan tadi.
3) Kacau sebati hingga tiada ketulan. Jikalau ada ketulan, boleh ditapis lagi.
4) Masakkan adunan di atas api sederhana sehingga naik wap.
5) Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang dan kukus selama 10 minit-15 minit atau sehingga masak.
6) Tutupkan api dengan segera semasa adunan kelihatan menjadi berbintil-bintil.
7) Kemudian tuangkan adunan agar-agar dan biarkan mengeras.
8) Biarkan sejuk di luar sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam peti ais.
9) Selepas itu, potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

Tips: Gula merah yang dimasak hendaklah ditapis dahulu untuk mengasingkan hampasnya.

Keenakan Resepi Seri Muka dapat menceriakan seseorang dan muka akan menjadi berseri-seri disebabkan perasaan lazat yang tidak boleh dibandingkan. Nama Seri Muka berkemungkinan mempunyai maksud yang dapat menyebabkan muka seseorang berseri-seri selepas makan. Ramai orang suka mengisi perut dengan seri muka dan makan dengan tidak berhenti-henti, serta terus makan berketul-ketul lagi. Suri rumah tangga juga sangat berminat untuk belajar membuat kuih Seri Muka ini sebagai hidangan untuk seisi keluarga. Teknik-Teknik yang tertentu diperlukan untuk mengekalkan keaslian kuih.



Lihat Juga...
 

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, resepi mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

http://resepimeekari.blogspot.com/


Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/